Sebagai seorang pelajar mahupun seorang yang bekerjaya , kita sering merasakan kehidupan kita semakin mencabar dan semakin sukar walaupun kebanyakkan perkara yang kita lakukan adalah perkara rutin. Ini disebabkan oleh otak kita telah penat bekerja dan memerlukan rehat seketika ataupun apabila kita selalu memikirkan sesuatu perkara atau hal yang tidak perlu difikirkan dan diperbesarkan seterusnya menjejaskan pemikiran positif yang kita miliki selama ini.
Terdapat beberapa cara dan tips untuk mengekalkan pemikiran yang positif sepanjang hari antaranya ialah
1. Tidur Yang Cukup
Tidur yang secukupnya adalah asas membina pemikiran yang positif iaitu melalui tidur kita dapat memberikan tenaga untuk melaksanakan tugas harian pada keesokan harinya. Mengikut kajian saintis , kita menggunakan masa 1/3 untuk tidur iaitu tidak kira lah hanya berehat sahaja ataupun tidur selenanya dan kajian juga mengatakan bahawa ketika kita sedang tidur , semua memori dan kemahiran yang kita pelajarikan akan diperkuatkan ingatan dan ditambah baik iaitu dinamakan proses "penyatuan memori". Ini juga berkaitan dengan pemikiran positif dimana ia dapat mengawal emosi dengan cara mengekalkan corak tidur yang sihat agak tidak mendapat masalah insomnia yang boleh menganggu pemikiran emosi seperti kemurangan dan kebimbangan.
Antara kesan atau akibat sekirannya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi ialah
a) Berasa sakit kepala pada waktu pagi
b) Merasakan badan terlampau letih , lesu dan lemah
c) Mempunyai daya ingatan yang lemah dan susah untuk fokus
d) Mempunyai masalah kesihatan yang kronik contohnya obesiti, strok , penyakit jantung dan diabetes
Antara cara/tips untuk tidur yang lebih baik
a) Mengelakkan pengambilan kafein yang berlebihan terutamanya 4-6 jam sebelum tidur
b) Mengelakkan pengambilan alkohol, makanan berat dan merokok sebelum tidur
c) Mewujudkan suasana tidur yang kondusif iaitu tidur dalam keadaan gelap kerana mengikut saintifik mata kita sangat sensitif terhadap cahaya dimana apabila keadaan gelap mata akan terpaksa ditutup.
d) Menjauhkan alat elektronik sebelum tidur seperti mematikan telefon bimbit
2.Meluangkan masa bersama orang tersayang
Bergelak ketawa , bercerita dan tersenyum bahagia membuatkan pemikiran kita akan jauh lebih positif kerana ia memberikan satu kelegaan dan ketenangan kepada diri kita sendiri. Menurut satu kajian di Kanada mengatakan bahawa kejayaan sesuatu perkara atau pekerjaan dinilai berdasarkan keseimbangan antara waktu bekerja dengan waktu peribadi iaitu menekankan kepentingan meluangkan masa bersama orang tersayang dengan berkualiti bukannya dengan kuantiti yang banyak. Anda perlu tahu bahawa kuantiti masa diluangkan bersama tidak menjamin anda akan mendapat keluarga bahagia seterusnya merangsang minda anda untuk berfikiran positif kerana fokus utama yang harus diberikan penekanan ialah kualiti masa bersama untuk membina hubungan yang kukuh dan erat.
Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama orang tersayang
a) Makan bersama-sama terutama makan malam
b) Meraikan dan menyambut sesuatu majlis hari jadi bersama-sama
c) Membantu anak-anak mengulangkaji atau membuat kerja sekolah bersama-sama
d) Bersenam atau melakukan aktiviti kesukanan bersama-sama
3. Mengubah Pemikiran "Mindset"
Midset adalah pemikiran yang kita perlu kawal ke arah yang lebih positif contohnya setiap kali bangun pada waktu pagi bercakap pada diri sendiri kata-kata yang positif dan kata-kata semangat untuk diri seperti "hari ini aku akan pastikan hari yang aku lalui adalah hari yang bahagia untuk aku" ataupun "aku kena berani untuk menghadapi cabaran di universiti " dan sebahagainya. Tidak terlupa juga setiap kali bangun dari tidur jangan lupa ungkapkan kata syukur seperti "alhamdulilah" kerana masih diberikan peluang dan nikmat untuk terus menjalani kehidupan bersama orang tersayang. Pemikiran kita juga boleh dipengaruhi oleh keadaan disekeliling iaitu apabila kita melihat orang lebih dari kita dimana datang perasaan cemburu , iri hati atas kejayaan mereka tersebut. Ini adalah satu pemikiran yang tidak baik dan negatif. Sebab itulah , bersyukur dengan apa yang telah dikurniaan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan berlaku pemikiran negatif .
Antara cara paling berkesan untuk menjadikan "mindset" positif ialah
1. Elakkan pemikiran yang mengandungi pertanyaan "Bagaimana kalau nanti........?"
2. Menyanyi
3. Berkawan dengan orang yang positif
4. Jangan sesekali menyalahkan keadaan
5. Sentiasa ingat bahawa di dalam dunia ini tiada orang yang sempurna
6. Banyakkan melihat video/membaca buku motivasi
7. Sentiasa Senyum
Ulasan
Catat Ulasan